Kalau korang tengah mencari pelamin mini untuk majlis nikah korang. Ni ada 5 contoh yang kitorang ada. Kitorang dah bahagikan ikut jenis-jenis dan warna yang bersesuian dan korang boleh tengok sama ada kena ke tak dengan tema majlis korang tu.
Pelamin Tema Garden / Floral
Ni salah sesuai kalau korang nak ada tema kehijauan atau pokok-pokok di majlis korang. Sofa putih dikelilingi bunga putih, pokok hijau dan kayu-kayuan akan memberi tema flora dan fauna. Zainal Abidin pasti suka!
Pelamin Simple
Ni kalau korang cari pelamin simple tapi cantik untuk majlis korang. Dia sangat simple kerana fokus utama adalah kepada pengantin yang duduk di tengah-tengah. Bunga dan hiasan yang minimal tidak menarik perhatian tetamu ke tempat lain. Anda fokus utama!
Pelamin Rustik
Design yang macam ini adalah design terkini dan latest pilihan pelanggan-pelanggan kami. Rustic menjadi trend semasa sekarang. Mungkin kerana warna dia yang tak berapa menyerlah dan fokus hanya kepada pengantin, tetapi tetap cantik di majlis diorang.
Tema Hitam
Ni adalah pelamin tema hitam yang sangat simple. Hanya sofa, beberapa hiasan pengantin, hiasan pelamin dan juga backdrop. Ini sangat sesuai kalau korang tak nak bersanding, dan sekadar sediakan tempat untuk bergambar kenangan dengan tetamu korang.
Bajet / Minimalis
Selain pelamin lain, kami juga ada edisi bajet untuk mereka yang nak jimat duit sikit. Tapi, ni lebih sesuai untuk majlis tunang berbanding nikah atau kahwin. Ini kerana, design ini sangat simple dan minimal barangnya. Tetapi, kalau anda nak untuk kahwin jugak, tiada masalah. Janji kena pada selera anda!
So, atas ni adalah beberapa contoh pelamin kahwin mini yang kami ada. Harap korang dapat inspirasi atau ilham untuk majlis korang nanti.
Until next time, selamat merancang majlis korang! Good luck!