Printing Kad Kahwin – 5 Kedai Terbaik, Design Cantik dan Trusted

Kad jemputan tak lapuk dek zaman. Sampai bila-bila pon perlukan kad kahwin. Jom cari printer kad kahwin yang terbaik...

Kad kahwin adalah penting untuk diberi kepada jemputan majlis korang. Walaupun zaman sekarang ni kita boleh bagi je kad jemputan digital, tapi untuk generasi tua atau orang dulu-dulu, kad adalah lebih baik dan lebih mudah untuk diorang ingat dan guna. Diorang boleh senang refer tarikh kahwin tu dan juga lokasi. Tak payah nak bukak phone pon.

Tempah kad kahwin ni boleh dibuat dalam 2 bulan sebelum tarikh majlis korang. Jadi, korang sempat nak print kad dan hantar kepada ahli keluarga korang. Jangan lambat sangat pulak, diorang pon kadang-kadang ada majlis lain nak pegi tarikh tu, baik korang reserve dulu!

Bawah ni, kitorang listkan 5 kedai yang buat kad kahwin. Macam-macam design, corak, template dan format korang boleh pilih. Bukan kad sahaja, dengan kad digital pon ada.

Kedai Print Kad Kahwin Terbaik

Kad Kahwin Premium

Di kedai ni, korang boleh guna design sendiri ataupun pilih dari 36 design kad kahwin yang menarik! Selain tu, corak kad kahwin dia jugak ada beberapa jenis. Dari standard card, half moon, round corner dan curve shape. Lagi menjadikan jemputan korang tu unik.

Kad bersaiz A6 daripada 260gsm Art Card ni boleh print dua side. Maknanya korang boleh print untuk bahagian depan dan belakang kad tu. Kualiti kertas dia tebal dan glossy ye! Sangat cantik dan tahan. Saiz macam ni pulak, senang nak dibawa dalam beg. Rating dia pulak adalah 4.8 bintang dari 4,000 review!

Untuk promosi sekarang ni, kalau korang tempah dengan diorang, dapat sampul free ye!

Kad Jemputan Exclusive VIP

Untuk kedai ni pulak, dia buat Kad Kahwin Crystal Acrylic. Dia tak guna kertas, jadi lebih ekslusif dan moden. Sangat sesuai kalau korang nak bagi kad ni kepada VIP macam orang kenamaan, saudara mara, family dan sebagainya. Orang kata, lain sikit lah dari jemputan biasa tu. 

Ada dekat 25 design kad korang boleh pilih. Kalau korang beli dari dia, korang akan dapat free gift iaitu Sampul Premium, Custom Sticker Nama (depan sampul) dan kad kahwin digital. Jadi korang tak payah pening lagi pasal kad digital, termasuk dalam pakej ni ye. Dengan rating 4.9 dari 800+, pastinya sorang seller yang trusted!

Kad Fizikal dan Kad Jemputan Digital

Untuk kedai ni pulak, korang boleh dapatkan kad fizikal dan juga kad kahwin digital dalam satu pakej. Menggunakan semi gloss art card 260gsm ni menjadikan ia satu kad yang berkualiti.

Untuk kad digital, ada lebih 400 design korang boleh pilih dan lebih 13 feature menarik yang korang boleh custom sendiri! 

Kad Kahwin Unik Pelbagai Bentuk

Kalau korang dah bosan tengok kad empat segi atau petak je, boleh guna seller ni. Dia ada print di atas 3 design yang berbeza. Dia panggil arch shape, round dan juga vintage design. Vintage ni agak menarik sikit design dia, jarang kita nampak kad kahwin buat macam ni. So, kalau korang buat macam ni, confirm orang akan kagum! Selain tu, dia jugak akan bagi design dekat korang supaya senang nak share kat WhatsApp. Envelope pon dapat FREE ye!

Kad Jemputan Digital

Kalau korang nak lebih moden dan trending, tak payah langsung print kad kahwin, gunakan versi digital je! Terus bagi link dekat geng korang melalui Facebook, Whatsapp atau IG je. Diorang boleh klik dan dapat segala bagi jenis informasi tentang majlis kahwin korang tu. Selain jimat duit, ia juga menyelamatkan bumi sebab tak guna kertas untuk print. 2 dalam 1 kelebihan dia! Korang juga boleh edit invite ni bila-bila masa je kalau ada kesilapan. Tak payah keluar duit lebih tau. Design pulak tak payah cerita la, ada beratus yang korang boleh pilih. Nak feature RSVP pon ada. Senang nak manage majlis korang tu.

Okay, so ni lah senarai seller yang korang boleh guna untuk buat kad jemputan majlis kahwin atau tunang korang tu. Kitorang dah check satu-satu dan senaraikan yang terbaik dan menarik je. Korang boleh pilih dengan tenang.

Sebelum tu, kalau korang nak cari kelainan dalam hantaran kahwin korang, boleh try cek hantaran kahwin.

Akhir kata, selamat berkahwin!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us