Aktiviti dan Tempat Menarik untuk Honeymoon di Pulau Langkawi

Tak tahu kat mana nak berbulan madu?Kalau di Langkawi, ni aktiviti yang korang boleh buat...

Pulau Langkawi adalah antara pulau tercantik di Malaysia. Pulau yang mendapat nama Permata Kedah ini sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancong yang inginkan pantai yang cantik, kehijauan alam semulajadi, sawah padi dan juga tradisi dan sejarahnya yang tersendiri

Fakta menarik, Pulau Langkawi adalah pulau terbesar dalam gugusan 99 pulau di kawasannya! Pada tahun 1987 pula, ia diberi status sebagai pulau bebas cukai.

Sebab-sebab diatas lah menjadikan Pulau Langkawi sebagai lokasi yang sesuai untuk honeymoon atau berbulan madu. Ada bermacam-macam aktiviti boleh dibuat bersama!

Kalau korang tengah cari tempat nak honeymoon, Langkawi mungkin boleh dijadikan pilihan. Kenapa? Jom baca dibawah!

 

Apa nak buat kat Pulau Langkawi?

Langkawi Cable Car (SkyCab)

Dengan jarak sepanjang 5.9 KM dari Oriental Village di Teluk Burau ke puncak Gunung Machinchang, SkyCab Langkawi adalah cable car terpanjang di dunia! Selain tu, ia juga adalah cable car paling curam di dunia dengan titik tertinggi dia adalah 700 meter! Wow. Tak sangka kat Langkawi ada rekod macam ni!

Bila dah sampai kat atas tu, korang akan dapat menikmati angin sejuk yang boleh serendah 24 darjah celcius! Angin yang kuat dekat atas puncak gunung tu menaikkan lagi kesejukkan dia! Permandangan dia pulak tak payah cerita lah, korang boleh nampak hampir seluruh Pulau Langkawi tu! Memang wajib bergambar dan selfie kat sini untuk simpan sebagai kenangan.

Selain tu, korang boleh singgah kat SkyBridge dia. Jambatan sepanjang 125 meter dan berlengkuk ni adalah tempat untuk berjalan dan melihat suasana sekeliling yang menarik. Dekat sini pon korang boleh bergambar atas jalan kaca!

Di tapak kaki gunung tu pulak, ada Oriental Village. Senang cerita, korang boleh habiskan masa seharian dekat sini tanpa rasa bosan! Macam-macam aktiviti ada. 

Sunset Cruise

Ni memang patut diambil dalam aktiviti bulan madu korang, sangat sesuai untuk bergambar, bermanja sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di Langkawi.

Sambil menikmati sunset dan hari bertukar gelap, korang akan diberi makan malam romantik. 

Pastikan gambar korang berlatar belakangkan Langkawi yang kemerah-merahan menjadi satu memori indah untuk pasangan pengantin baru atau lama! 

Island Hopping

Tak lengkap ke pulau kalau tak buat island hopping kan? Langkawi mempunyai banyak pulau-pulau kecil dan juga pantai yang cantik, bersih, tak ramai orang yang patut korang terokai. Macam mana lagi kalau bukan dengan island hopping di Langkawi ni.

Selain melawat pulau yang cantik, snorkelling atau berenang dalam air yang sangat jernih, korang boleh tengok diorang bagi makan helang. Korang jugak akan dibawa melawat Tasik Dayang Bunting, tasik di tengah gunung yang mempunyai sejarah dan mitosnya sendiri!

Jet Ski di Langkawi

Selain island hopping, korang boleh naik jet ski untuk keliling Pulau Langkawi! Antara tempat korang boleh pusing adalah Pulau Singa Besar , Pulau Beras Besah and Pulau Intan Kechil.

Macam naik motor pusing kampung, tapi, atas air! Korang boleh tengok kejernihan air, ikan-ikan dan juga gua batu kapur tau! Kalau nasib baik, boleh nampak dolphin lagi! Memang satu pengalaman yang menarik dan pastinya akan diingati sampai bila-bila!

Kalau korang tak reti naik jet ski, jangan risau, akan ada instructor yang akan ajar dan jaga sepanjang tempoh korang buat tour tu. Jadi, boleh enjoy dan belajar benda baru!

Tengok Penguin di Underwater World Langkawi

Korang pernah tengok penguin? Haa.. Silap-silap, pasangan korang pon tak pernah lagi tengok penguin hidup dan berkeliaran secara bebas! 

Ia adalah akuarium yang besar yang ada lebih 200 spesis haiwan dan terowong bawah air! Ini sangat menarik sebab korang boleh tengok ikan atau penguin tu terus! Laju tau diorang berenang!

Korang boleh habiskan sampai 3 jam dalam ni untuk explore dan melihat segala yang ada. Dari ikan, jerung, ikan pari, burung, penguin dan banyak lagi!

Langkawi Wildlife Park

Kalau korang berminat nak tengok flora dan fauna yang unik kat Malaysia ni, sinilah tempatnya. Korang boleh sentuh dan bermain dengan haiwan kat situ di waktu makan diorang. Dan jugak, macam-macam jenis aktiviti ada sepanjang hari tu. 

Boleh tengok burung kakak tua, bangau, kucing, racoon dan macam-macam haiwan lagi dalam habitat diorang!

Korang boleh habiskan seharian kat sini jugak!

Selain dari aktiviti diatas, korang boleh melawat tempat yang lebih santai sikit seperti;

  1. Pantai Cenang
  2. Pekan Kuah
  3. Galeria Perdana
  4. Pantai Tanjung Rhu
  5. Haji Ismail Group! (Nak beli coklat)

 

Last sekali, jangan lupa untuk cari kereta sewa bila korang nak bercuti di Langkawi. Kalau tak, susah nak pusing-pusing dan menikmati kecantikan pulau ni!

Selamat berbulan madu!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us