Welcome Board Menarik Untuk Majlis Kahwin, Tunang, atau Aqiqah

Sekarang ni, tak cukup dengan kad kahwin je kena cantik, welcome board pon kena! Baru orang tahu tu majlis korang. Design mana yang best? Jom tengok.

Hey guys! Selamat datang ke senarai welcome board kahwin, dimana kitorang listkan kat mana korang boleh dapatkan board kahwin yang sesuai! Sama ada korang tengah merancang majlis yang bertemakan moden atau simple, wedding board ni boleh menambahkan lagi keceriaan dan magic kepada tema tu. Dari design kayu rustic ke design arcylic, macam-macam jenis board boleh guna untuk majlis korang. Korang jugak boleh guna list ni untuk dapatkan welcome board majlis aqiqah ataupun tunang jugak! Korang tak payah pening nak beli cermin, stand kayu board tu ataupun DIY projek ni! Korang boleh dapatkan dengan list di bawah ni. Korang boleh fokus untuk majlis korang tak payah pening pasal ni, just tengok mana yang sesuai dan pilih!

Jom tengok contoh welcome board wedding kat bawah ni… 

Contoh Welcome Board Wedding

Dengan lebih dari 20 design board kahwin, korang pastinya akan jumpa yang bersesuaian dengan majlis korang. Tak kira apa tema majlis korang, mesti ada yang sesuai! Boleh jugak request untuk edit design board ni supaya bersesuaian dengan apa yang korang nak. Untuk yang ini, ia bukanlah cermin, so korang tak payah takot orang terlanggar dan jatuh sampai pecah. Material dia adalah Silver Acrylic Miror, kuat so jangan risau pasal terjatuh. Untuk saiz pulak adalah 59.5cm x 40cm. Dan paling penting, rating dia 4.9 dari 600+ reviews!

Welcome board ni lain sikit dari yang sebelum ni. Ini ada menggunakan lazer. Ada 10 design untuk korang pilih sama ada nak gunakan lazer ataupun UV Print. Untuk laser, takde warna, tapi untuk UV print, korang boleh pilih warna yang korang nak. Dari segi material pulak, dia ada warna silver, rose gold dan gold. Acrylic 3mm bersaiz 59.5cm x 40cm ni membuat board ni tahan lasak dan tak mudah rosak. 

Untuk design macam atas ni, korang ada lebih dari 20 design welcome board untuk dipilih! Korang boleh custom sampai korang puas hati dan kena dengan majlis korang tu, tak kira majlis kahwin, aqiqah atau tunang. Saiz dia adalah 60cm x 40cm dan dibuat dari Solid Grade A+++ Acrylic. Untuk info korang, ni bukan cermin ye, lebih kepada plastik yang tahan kuat dia. Stand kayu yang ada jugak kuat dan kukuh. Senang nak pasang, budak 11 tahun pon boleh buat! Cuma korang kena gunakan screwdriver untuk betul-betul kuatkan dia. Dah jual lebih 2,000+ unit, dia ni ada rating 5.0 dari 950+ customer! Sangat trusted and produk yang berkualiti!

Jenis yang macam ni, dipanggil Arch White. Background dia putih penuh, dan design dan warna tulisan dia ada sampai 20 jenis! Acrylic Frosted 3mm bersaiz 59.5cm x 40cm ni sesuai untuk welcome board pelbagai jenis majlis. Ni berbeza sikit dari yang sebelum-sebelum ni sebab background dia putih sepenuhnya dan tak transparent. Design yang ekslusif, sangat sesuai untuk majlis yang tema putih ataupun hitam. Dengan lebih 550+ rating, ia kekal 5 bintang! 

Kalau ada putih, mesti ada yang hitam kan? Ni pulak jenis yang dipanggil Arch Black. Background dia hitam penuh, dan design dan warna tulisan dia ada sampai 20 jenis! Sangat cantik kalau padankan background hitam dengan mustard font. Nampak welcome board exclusive gila! Acrylic Frosted 3mm bersaiz 59.5cm x 40cm ni sesuai untuk welcome board pelbagai jenis majlis. Ni berbeza sikit dari yang sebelum-sebelum ni sebab background dia hitam sepenuhnya dan tak transparent. Design yang ekslusif, sangat sesuai untuk majlis yang tema putih ataupun hitam. Ia kekal 5 bintang! 

Tu dia 5 welcome board yang sesuai untuk apa-apa majlis yang korang nak buat! Kitorang dah listkan berdasarkan design yang cantik, berapa banyak design yang ada dan paling penting, apa review orang yang dah beli dari seller board ni semua. Semua mengatakan yang seller sangat membantu dalam design yang diorang nak dan melayan diorang dengan baik. Jangan risau, kami pastikan list penjual board ni semua yang terbaik dan telah lama berniaga untuk keyakinan dan keselamatan korang.

So, selamat membeli dan selamat menjalankan majlis!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us