Apa Itu Majlis Tunang?

Sebelum bernikah, dah menjadi adat untuk kita bertunang dahulu. Tapi, apakah maksud bertunang sebenarnya?

Secara ringkasnya, meminang adalah menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan. Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi saw yang meminang Aisyah dan Baginda juga pernah meminang Hafsah. Ini adalah mengikut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sudah menjadi adat kita untuk membawa dulang hantaran ke rumah perempuan, mengadakan majlis kecil-kecilan dan bertukar-tukar cincin.

 

Apa Yang Dibincangkan di Majlis Tunang?

Keluarga berbincang majlis tunang

Perjumpaan dua keluarga dalam majlis ini lebih kepada santai dan bukan formal. Ini sebabnya penting melantik wakil atau jurucakap dari kedua belah pihak keluarga. Ini untuk memastikan majlis lancar dan semua perkara penting dapat dijelaskan.

Antara yang dibincangkan;

  1. Jumlah hantaran nikah
  2. Tarikh majlis nikah
  3. Tempoh ikatan tunang
  4. Apa yang terjadi kalau ikatan tunang terputus (moga dijauhkan)

 

Persiapan Tunang Pihak Perempuan

Checklist Bertunang

Untuk majlis ni, pihak perempuan akan lebih sibuk untuk sediakan persiapan kerana ia akan dilakukan di rumah atau tempat mereka. Tidak pernah lagi kami pergi majlis tunang, tapi di pihak lelaki 😛

Disebabkan itu, pihak perempuan perlu bersiap sedia dari segi dibawah ini. Jadikan ni sebagai checklist tunang anda;

  1. Tarikh dan masa majlis
  2. Tentatif majlis
  3. Tema majlis
  4. Baju tunang
  5. Pelamin tunang
  6. Katering makanan
  7. Dulang hantaran
  8. Jurugambar tunang
  9. Kad jemputan tunang

Untuk pelamin, ia bukanlah wajib dan menjadi trend sekarang untuk dapatkan pelamin untuk tunang. Kalau ada bajet lebih, boleh je.

 

Persiapan Tunang Pihak Lelaki

Dari segi majlis pertunangan, pihak lelaki tidak banyak yang perlu disediakan. Tetapi, tak bermakna takde ye!

  1. Cincin tunang
  2. Hantaran pihak lelaki
  3. Memberitahu keluarga dan siapkan rombongan
  4. Kongsikan info tunang kepada wakil keluarga.

Untuk info tambahan, selalunya pihak lelaki tak perlu pon ada di majlis bertunang. Tetapi, dah menjadi trend sekarang untuk lelaki bergambar dengan tunangnya di majlis itu. Jadi, untuk mengekalkan sedikit tradisi, bakal tunang lelaki itu patut tunggu di luar rumah semasa majlis bertunang dan hanya datang apabila sudah selesai dan untuk bergambar.

 

Soalan paling famous sekali untuk majlis tunang…

Majlis Tunang Duit Siapa?

Disebabkan majlis tunang lebih kepada pihak perempuan, jadi keluarga pihak perempuan lah yang perlu bayar untuk majlis ni. Tetapi, boleh je kalau pihak lelaki nak bagi duit sedikit or bayarkan untuk majlis. Bergantung kepada mereka.

Sekarang dah ada serba sedikit info tentang majlis tunang ni. Boleh gunakan untuk manfaat majlis korang nanti. Selamat bertunang!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us