Idea Hadiah Kahwin untuk Pengantin Baru

Masa kita nak pergi majlis kahwin, selalunya kita akan bawa hadiah atau duit. Takde idea nak beli hadiah apa untuk orang kahwin? Jom tengok idea kami...

Sebenarnya, bagi angpao atau duit adalah lebih senang untuk pasangan pengantin, berbanding hadiah kahwin. Kenapa? Sebab diorang boleh gunakan duit tu untuk mulakan hidup bersama selepas majlis tu.

Tetapi, sebagai kawan atau ahli keluarga, kita nak juga beri sesuatu yang berguna dan lain daripada yang lain untuk pasangan pengantin ni jalankan hidup diorang.

Bawah ni ada beberapa idea hadiah kahwin pengantin yang unik dan rare. Ada juga hadiah murah dan sesuai dengan bajet korang!

 

Hadiah Kahwin Untuk Kawan Perempuan

Untuk perempuan, wedding gift yang bersesuian adalah barangan dapur atau barang elektrik yang akan digunakan nanti untuk sediakan makan minum untuk suami dan keluarga.

1. Air Fryer

Philips Air Fryer AF601D

Semenjak tahun 2020, air fryer menjadi item wajib dalam setiap dapur. Banyak kebaikan air fryer ni, tapi paling penting ia dapat membantu masak atau menggoreng dengan cepat dan lebih sihat! 

Selain tu, airfryer sekarang ni banyak yang bersaiz besar dan ada warranty yang lama! Bermakna, boleh masak dengan mudah dan tak perlu risau kalau rosak!

2. Toaster

Russell Taylors Retro Toaster RT-10

Walaupun dah 2024, toaster atau pembakar roti dah menjadi barang elektrik yang selalu dihadiahkan. Mungkin atas faktor kegunaan, rupa dan harga yang bersesuian dengan bajet mereka yang bagi.

Macam toaster diatas, design adalah lebih retro dan cantik. Menjadikan ia gift yang sesuai untuk pengantin.

3. Set Pisau dan barang dapur

Set pisau dan alat dapur

Ni antara barang penting yang boleh diberi untuk pasangan pengantin baru. Banyak barang yang diorang kena beli untuk mulakan hidup baru, tapi kita boleh mudahkan dengan beri barangan dapur macam pisau, gunting dan sebagainya.

Sebagai contoh set diatas ni, ada pelbagai jenis pisau dan juga gunting. Dah memudahkan kerja diorang!

4. Rak Dapur

Rak Dapur atas Singki warna hitam

Rak pinggan macam ni adalah praktikal. Sangat tahan dan juga menjimatkan ruang. Selain tu, dia juga membantu untuk mengeringkan terus ke dalam singki dan bukan ke atas permukaan lain.

Boleh letak macam-macam dan juga menjadikan dapur lebih estetik!

5. Tefal (Periuk dan Kuali)

Periuk Kuali Tefal 32cm

Ni adalah barang paling penting di dalam dapur selain dapur gas. Periuk dan kuali juga sesuai sebagai hadiah kahwin sebab ia sesuatu yang sangat berguna dan tahan lama.

Perempuan pulak, memang suka kuali jenama Tefal ni. Sebab tahan dan juga berkualiti.

Macam Tefal yang ini, ia boleh diguna di atas api, elektrik dan ceramik!

Hadiah Kahwin Untuk Kawan Lelaki

Untuk lelaki pulak, hadiah yang sesuai adalah sesuatu yang dia boleh guna untuk hidup dengan pasangannya. Jom tengok apa hadiah sesuai untuk pengantin lelaki.

1. Tool box

Set Tool box merah

Ni adalah barang paling penting di dalam rumah. Senang nak diguna untuk repair skru-skru longgar ataupun barang-barang elektrik yang rosak sikit.

Set tool box ni ada screwdriver, sepana dan macam-macam lagi. Macam-macam manfaat toolbox ni!

Selain tu, barang-barang boleh direpair dari dibuang terus. Menjimatkan duit dan juga masa!

2. Mesin Gunting Rambut /  Bulu

Mesin Gunting Rambut / Bulu

Dah kahwin ni kena la jaga penampilan untuk isteri. Set ni sesuai sebagai hadiah kahwin untuk lelaki sebab ada pemotong rambut, pencukur bulu hidung, dan juga misai.

Nak trim atau ejas rambut sikit-sikit tak payah pegi kedai gunting rambut dan bayar. Nampak kemas, baru isteri sayang lebih!

3. Hadiah Kahwin Untuk Peminat Kopi

Mesin Kopi Dessini

Kalau kawan lelaki korang tu suka kopi, coffee machine ni sangat sesuai untuk gift kahwin. Selain dapat menjimatkan duit, ia juga dapat menjimatkan si suami dari asyik lepak luar! Dua dalam satu.

Secawan Starbucks dah berapa ringgit! Kalau buat sendiri boleh jimat lebih dari 50% tau!

4. Pakej Percutian

Lelaki ni akan berusaha lebih beberapa bulan atau tahun sebelum majlis kahwin diorang. Sebab sekarang ni bukan murah untuk kahwin! Diorang akan buat macam-macam cara untuk kumpul duit kahwin!

So, hadiah percutian untuk pengantin adalah yang terbaik. Boleh dijadikan masa untuk diorang rehat ataupun jimatkan duit diorang untuk honeymoon!

Ada pakej percutian ke Pulau Redang, Tioman, Pangkor, dan banyak tempat lagi! Korang juga boleh baca Aktiviti Menarik untuk honeymoon di Pulau Langkawi untuk idea bulan madu korang!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us