Kenapa? Satu, tema pelamin simple dan elegant menjadi trend pelamin atau pelamin mini zaman sekarang.Ramai pelanggan kami yang menjadikan tema minimalist sebagai pilihan mereka.
Warna basic seperti putih, hitam atau biru sahaja sudah cukup untuk majlis mereka.
Cukup sekadar backdrop, sofa yang cantik dan selesa, beberapa hiasan untuk menaikan lagi seri pengantin dan juga majlis.
Selain itu, tujuan diorang ambik mini pelamin simple sebab nak pengantin nampak lebih menonjol dengan baju yang lebih meriah, warna yang lebih tajam dan bunga tangan yang lebih menarik perhatian.
Nampak tak? Setiap bahagian dalam majlis tu memainkan peranan untuk menaikkan seri pengantin.
Korang boleh gunakan beberapa contoh bawah ni, untuk majlis korang nanti. Pastinya nampak cantik dan elegant dengan pelamin-pelamin ni!
Tema Putih Simple
Pelamin style macam ni memang ringkas. Hanya ada sofa, permaidani berbulu dan juga beberapa hiasan bunga. Bayangkan kalau pengantin bertemakan hitam, memang kontra dan mesti menyerlah!
Pelamin Simple Berhiasan
Yang ini pun satu yang simple. Tetapi, lebih hiasan di bahagian backdrop dia. Ini menambahkan efek fokus dan kecantikan pada pengantin dan pelamin tu sendiri. Sangat sesuai sebagai pelamin untuk majlis tunang atau merisik.
Tema Hitam
Ni favorite kitorang! Pelamin yang ini mungkin tak nampak simple sangat, tetapi, sebenarnya tambahan dia hanyalah aksesori-aksesori kecil tu je. Selain dari tu, hanya sofa dan backdrop. Hiasan-hiasan pelamin lain adalah minimal dan ini memberi fokus kepada keayuan dan kecantikan pengantin!
Selain dari contoh-contoh kat atas ni, korang boleh tengok beberapa contoh pelamin simple lain lagi yang kami ada! Tengok bawah ni…