Idea Hantaran Tunang atau Kahwin

Tengah pening nak cari hadiah hantaran untuk majlis korang? Kitorang ada Top 10 hantaran untuk korang tengok! Jom.

Apa tu hantaran kahwin?

barang hantaran kahwin

Hantaran ni adalah hadiah yang diberikan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan atau sebaliknya. Selain mas kahwin dan wang hantaran, hadiah juga kita bagi semasa majlis perkahwinan atau pertunangan.

Perlu faham bahawa hantaran ni bukanlah wajib, ia hanyalah adat sahaja. Gambar diatas adalah contoh hantaran untuk tunang atau kahwin.

Ada ke adat hantaran ni?

Ada je adat yang dilakukan oleh orang dulu-dulu. Antaranya, pihak lelaki akan dapat hantaran lebih jumlahnya berbanding perempuan. Selalunya akan lebih 2 dari pemberian hantaran yang diberi pihak perempuan.

Contohnya, hantaran kahwin 3 balas 5 atau hantaran kahwin 5 balas 7. Dimana bilangan 3 atau 5 untuk pihak perempuan dan 5 atau 7 untuk pihak lelaki.

Jadi, kalau korang tengah mencari idea hantaran untuk majlis korang, jom baca bawah ni. Ada hantaran kahwin mewah, simple, cantik, berpatutan dan macam-macam lagi!

Sementara tu, kalau korang tengah cari idea doorgift, boleh baca artikel kitorang.

Table of Contents

Idea Hantaran Untuk Lelaki dan Perempuan

Beg Tangan

Beg Tangan untuk hantaran kahwin atau tunang

Tak perlu jenama beg seperti Gucci, LV atau sebagainya. Original punya je harga dah beribu! Cukup dengan bag tangan yang berpatutan dan berkualiti.

Beg tangan Bonia atau beg tangan Charles and Keith dah memadai. Yang penting si dia dah suka.
 
Sekarang ni, beg yang cantik dan berkualiti pon dah tak mahal mana. Sesuai dengan jenama dan rupanya. Beg ni pon ada macam-macam warna yang korang boleh sesuaikan dengan majlis korang tu!

Minyak Wangi

Minyak Wangi sebagai hantaran tunang atau kahwin

Perfume juga adalah hadiah terbaik untuk diberi pada lelaki dan perempuan. Sebabnya, harganya tak mahal sangat dan boleh dipakai sehingga berbulan-bulan.

Dan paling penting, korang jugak yang dapat hidu bau tu. Bijak kan?

Antara minyak wangi yang terbaik adalah;

  1. Yves Saint Laurent Black
  2. Coco Mademoiselle

Untuk tengok yang lain dan harga marhaen sikit, boleh klik butang bawah ni

Jam Tangan

Hantaran Jam Tangan

Mungkin ada yang kata jam adalah satu benda yang mahal untuk dibeli.

Well, memang jam sedikit mahal, antara 300 sampai beribu, tapi, boleh pakai sampai hujung nyawa. Jam jarang rosak, cuma perlu pastikan kita jaga dengan betul dan selalu tukar bateri bila mati je.

Selain tu, ada jugak couple atau set jam tangan. Bila beli set macam ni, akan dapat jam tangan lelaki dan perempuan sekali, jimat duit dan masa! Selalunya sama design macam gambar ni;

Jam Couple Set

Kasut

Kasut Hantaran

Kasut untuk hantaran ni sama juga macam jam. Beli agak mahal, tapi bertahan lama. Boleh ditambah ke dalam koleksi kasut yang sedia ada!

Satu lagi, memang best bila boleh matching kasut dengan pasangan kita kan?

Bukan kasut formal je tau orang bagi sebagai hantaran, kasut sukan, sneakers, jogging pon ada!

Set Makeup

Set Makeup Hantaran

Alat solek dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan lagi.

Kalau korang cari hantaran untuk perempuan, ni menjadi antara hadiah yang wajib diberi. Sebab apa? Harga make up tak murah, tapi boleh pakai lama!

Tak perlu bagi yang mahal pon, cukup sekadar yang mampu je. Boleh tengok harga kat bawah ni;

Al-Quran

Hantaran Al-Quran

Jangan lupa untuk beri Al-Quran sebagai hantaran. Ni bukanlah wajib, tapi menjadi kebaikan untuk beri.

Tapi, jangan sekadar bagi Al-Quran sebagai hantaran je! Korang perlu gunakan ni selepas kahwin nanti ya. Pastikan tak rugi dan membazir beli je. Gunakan!

Sejadah

Sejadah sebagai hantaran

Selain Al-Quran, bagi sejadah sebagai hantaran pon sesuatu yang bagos. Boleh gunakan untuk solat di rumah atau sebagai travel di mana-mana.

Jom tengok sejarah yang menarik;

Telekung

Hantaran Telekung

Selain Al-Quran dan sejadah, telekung juga antara hantaran yang banyak orang beli.

Ni sebagai melengkapi hadiah Al-Quran dan sebagainya. Ia juga menandakan permulaan baru dengan hidup yang baru.

Pakej Bulan Madu

Idea Tempat Honeymoon

Apa lagi yang menarik dan mengujakan daripada percutian bulan madu atau honeymoon selepas berkahwin kan?

Apa kata hadiahkan pakej honeymoon kepada pasangan sempena fasa baru dalam hidup korang? Korang juga boleh baca Aktiviti Menarik di Langkawi untuk idea bulan madu korang!

Jom tengok tempat bulan madu yang menarik!

Sebelum tu, jangan lupa gunakan kod BetterOnApp untuk 5% diskaun!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us