Perlu Lagi Ke Kad Jemputan Kahwin?

Dah tahun 2024 ni, perlu lagi ke hantar kad kahwin? Ni apa yang kitorang fikir...

Kad jemputan kahwin adalah sebahagian daripada persiapan perkahwinan dan mempunyai kepentingan dalam adat dan budaya orang Melayu atau Malaysia.

Ia datang dalam pelbagai reka bentuk dan gaya, selalunya mencerminkan keutamaan pasangan atau keluarga mereka. Kata-kata pada kad juga boleh menjadi agak formal dan berbunga-bunga, disulami dengan doa dan memuji Allah kerana etika dan tradisi adalah penting dalam budaya Melayu.

Tapi, masih relevan ke kad jemputan untuk tahun 2024 ni?

tangan pegang kad jemputan kahwin

Pada pandangan kami, walaupun zaman dah berubah ke arah media sosial, kad jemputan digital dan senang nak dibuat, kad kahwin fizikal masih memainkan peranan lagi. 

Kenapa kami kata begitu?

  1. Budaya orang Melayu

    Dah menjadi tradisi untuk menjemput dengan kad selain jemputan mulut. Ia juga menjadi penghubung hubungan antara keluarga apabila mereka secara fizikal datang dan hantarkan kad kahwin. Selain itu, ramai juga orang-orang tua yang menghargai adat ini.

  2. Nilai Unik

    Dalam era digital ni, kad jemputan fizikal memberi sentuhan peribadi atau personal touch yang tak dapat diberi oleh mesej digital. Whatsapp tak mampu menyampaikan keseronokan kehadiran seseorang itu.

  3. Menambah sentuhan majlis

     Majlis kahwin atau tunang adalah acara gah dan penting dalam hidup. Selalunya sekali sahaja. Tema majlis seperti pelamin, baju dan kad kahwin menambah kepada uniknya majlis itu sendiri.

  4. Kesatuan

     Kad kahwin akan menulis nama pasangan pengantin dan keluar mereka. Ini menunjukkan perpaduan dua keluarga. Selain tu, terdapat doa dan puji-pujian untuk majlis tersebut.

  5. Lebih mudah berbanding kad digital

     Kadang-kadang, phone jemputan kita ada masalah atau takde line internet, ni menyusahkan diorang nak cari kawasan atau tempat majlis kita. Dengan kad kahwin yang ada peta, diorang boleh tengok lebih senang.

  6. Menghormati Orang Tua

    Dalam banyak budaya, termasuk budaya Melayu, menunjukkan rasa hormat kepada orang tua dan mengekalkan tradisi adalah penting. Menggunakan kad kahwin adalah satu cara untuk menghormati tradisi.

kad kahwin digital

Walaupun kad jemputan digital lebih mudah nak dibuat (guna Canva) dan menjimatkan, ia tidak menjamin keterusan tradisi dan keseronokan dan juga hubungan emosi yang diberi oleh kad digital. Ini kerana, bukan sahaja kad tu, tetapi nak bagi kad tu bermakna perlu duduk berjumpa dan berborak dulu. 

Jadi, walaupun pada tahun 2024, kad kahwin terus menjadi tradisi yang dihargai dan relevan bagi ramai orang yang ingin menghormati tradisi mereka dan meraikan detik-detik penting dalam hidup. Kalau korang nak print kad kahwin dan tak tahu kat mana, boleh tengok senarai Printing Kad Kahwin yang kitorang dah listkan 5 seller yang ada design menarik dan trusted.

Selain kad kahwin, welcome board pon menjadi trend terbaru.Kalau korang mencari welcome board kahwin, tengok di artikel kitorang.

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us