5 Baju Bridesmaid Cantik Yang Pasti Menaikkan Seri Anda & Majlis

Nak cari idea untuk dress bridesmaid kan? Jom kitorang tolong...

Korang dipilih untuk menjadi bridesmaid atau pengapit untuk kahwin atau tunang kawan korang? Seronoknya! Tapi, ada satu masalah, korang tak tahu atau tak ada baju bridesmaid yang sesuai dengan tema kahwin! Bukan selalu jadi pengapit kan?

Sekarang ni, majlis tunang atau kahwin memang ada tema dia sendiri. Dari tema baju pengantin, tema pelamin, meja makan dan juga pengapit! Orang Malaysia dah pandai untuk buat majlis cantik untuk di kongsi kepada keluarga, kawan-kawan dan juga media sosial macam Instagram, dalam bahasa lain, do it for the Gram!

Nak cari baju bridesmaid yang kena dengan tema majlis bukan senang, tapi jangan risau, kitorang dah listkan dress bridesmaid yang terkini yang pastinya akan memukau korang dan sesiapa je kat majlis kahwin tu nanti! Dari rekaan baju kurung klasik, kebaya, kebarung sehinggalah design baju moden. Baju bridesmaid plus size pon ada!

Setiap baju pengapit perempuan yang kitorang tunjukkan ni dah dipilih dengan teliti untuk tolong korang jumpa baju yang paling sesuai dengan citarasa dan tema majlis tu. Pastinya tema baju pengantin dan bridesmaid yang sama menjadi realiti! 

Jom tengok list dibawah!

Table of Contents

Baju Bridesmaid klasik - Kebarung moden labuh

Bridesmaid mesti menyerlah dengan baju kebarung batik moden yang labuh ni. Dengan sulaman yang kemas, harganya adalah sangat berbaloi dengan hasilnya!

Saiz ada sampai 2XL dan ada macam-macam jenis warna! Ada warna oren, purple, putih, hijau,hitam, biru dan banyak lagi! So korang boleh sesuaikan dengan tema majlis tu.

Baju Bentuk ‘A’ shape bukan hanya selesa, tapi pasti cantik di mata tetamu bila pandang pengapit pengantin tu! Dengan jahitan kemas dan sulaman yang simple dan tak serabut, baju ni menjadi pilihan pertama pengapit perempuan. Muslimah friendly pulak tu.

Dibuat daripada kain batik premium yang berkualiti tinggi, baju ini memiliki pesona tradisional ekslusif. Dengan gabungan rekaan yang memukau dan kualiti terbaik, kebarung ini pasti akan mengekalkan kecantikan dan keanggunan setiap kali dipakai. 

Kainnya yang tak tebal atau terlalu nipis. Sesuai dengan cuaca panas sekarang ni. Korang akan selesa dan cantik sepanjang majlis nanti.

Mini Kurung Lace

Kalau korang nak cari baju mini kurung yang elegan, tapi design simple, ni lah yang terbaik. Design dia just nice, tak terlalu glamor dan over shadow pengantin! Sesuai kalau korang nak low profile sikit.

Material kurung mini ni adalah dull satin. Material yang lembut dan sejuk. Warna kain pulak ada 5 je, so tak banyak, tapi boleh je nak samakan dengan tema majlis kahwin or tunang tu! Saiz pulak ada dari S sampai 2 XL.

Baju ni jenis potongan loose atau baggy, leher bulat, butang di belakang dan lace dijahit oleh mesin pada leher dan lengan. 

Saiz pinggang kain pulak boleh adjust sebab dia jenis open dan takde jahit depan langsung. Maksudnya kain pario dia terbelah. So, pastikan korang ikat betul-betul, jangan sampai terlondeh!

Satu lagi, kain dia agak nipis. So, dicadangkan pakai kain dalam atau inner yang bersesuaian.

Jubah Abaya Turkey

Selain baju kurung, baju kebaya atau kebarung, jubah pon sesuai jugak dijadikan baju bridesmaid untuk majlis kahwin. 

Untuk jubah plain ni, ada 6 jenis warna, pink, khaki, light green, wine red, biru dan juga hitam. Saiz pulak dari S sampai XXL ada. Selain tu, dia ada hidden zip di belakang.

Jenis kain dia pulak adalah Zara Fabric, Fall fabric. Kain jenis tebal, berat dan shining.  Yang penting, kain tebal, sejuk dan jahitan yang kemas. Material kayangan, tapi harga murah! Memang berbaloi.

Boleh dipakai kat majlis selain kahwin dan tunang jugak, macam event, party, festival atau family gathering.

Baju kurung Ironless

Baju kurung ni bagus sebab tak payah nak gosok! Jimat masa dan korang boleh fokus kepada benda lain macam makeup, tudung atau nak siap-siap lain!

Selain tu, dia ada 14 warna macam khaki, tea green, dusty purple, fuschia pink, beige dan macam-macam lagi! Saiz pon ada dari S – XXL.

Korang tak perlu pakai inner untuk baju kurung ni sebab kain dia tak jarang, tak terlalu tebal dan lembut. Kain jenis elastik jugak, so just nice bila pakai sebab tak panas dan berat jatuh ke bawah. Jangan risau, kain je berat, tapi bila dipakai, rasa ringan je.

Bila tengok gambar, bahagian luar dia ada texture kan? Tapi bahagian dalam dia ada lining, so bila pakai ni, sangat selesa ye! Getah kain pun tebal dan takde zip, so korang tak perlu risau terlucut! Boleh pakai dengan yakin.

Baju kurung tak payah iron ni design dia leher bulat, zip sorok 12″, lengan padanan rata dan ada pinggang half casing half getah ya.

Jenis kain pulak, dia guna kain lipat batik dengan material wrinkle crepe, so tak perlu pening pikir nak gosok baju kurung waktu pagi!

Dengan kualiti dan harga yang berbaloi, korang tak perlu risau nak keluarkan duit! Lagipun, boleh buat baju kurung raya nanti.

Baju Bridesmaid Plus size

Kebanyakan dress bridesmaid ni saiz dia kecik je. Kadang-kadang sampai XL sahaja. Susah untuk akak comel kita nak cari baju plus size.

Tapi jangan risau, untuk baju ni, ada sampai 3XL!

Baju bridesmaid muslimah ni adalah jenis ironless. So, korang tak payah nak bazir masa gosok baju, baik spend time dekat mekap kan? Baju ni memang lengan panjang so tak payah pakai inner lagi dah. Design leher dia pulak jenis bulat, so simple dan selesa kalau nak pakai lama.

Kain tak payah gosok ni adalah kain yang premium dan berkualiti tinggi, so senang nak jaga. Sesuai untuk korang yang nak baju muslimah friendly, sambil nak melawa.

Design dia minimal dan ada sampai 10 warna, jadi senanglah korang nak matching dengan tema pengantin.

So tu lah list kitorang untuk dress bridesmaid terbaik. Dah bermacam jenis kitorang review dan harap dapat membantu korang dalam buat pemilhan baju yang cantik dan sesuai dengan tema majlis!

Good luck!

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us